Ejonn ~ MEmohon KeredaanNYA.

Blog EntrykepadaNYA kita kembaliMay 16, '08 5:36 PM
for everyone
Awal minggu ni, dikejutkan dengan berita kawan meninggal dunia. Walaupon bukan kenal rapat, tetapi kenangan tu tetap ada.Buat rakan ku yang aku kenal sebagai Kate(balu arwah), banyak lah berbuat amal kebajikan atas nama Arwah.Itulah hadiah kasih sayang kita kepada arwah. moga Allah memberi keredaan atas amalan semasa hidupnya dan kebajikan yang kita buat dihadiahkan kepada rohnya di 'alam sana'.Berat bahu memandang berat lagi bahu yang memikul.Aku sendiri tak dapat bayangkan kalau ketiadaan suami dalam keadaan yang tak kita sangka.Allah itu maha berkuasa atas setiap sesuatu.Peringatan untuk aku yang masih hidup ni,apa lah bekalan yang aku bawak bila nak 'balik' nanti.

Di rumah anak-anak dah membesar.Nisa dan Rina dah mula buat perangai x tido malam mereka.Mak dan ayah dorang la yg jadi mangsa.Aku kat opis..sib baik minggu ni byk keje.kalau tidak..aku dok pejam mata depan laptop nahan ngantuk.Dah dekat 3 bulan keje,baru nampak progress.Update this month kena continue study balik.buat online je lah.tak kuasa nak ke kelas hari minggu dr awal pagi sampai ke petang.Itulah waktu-waktu beharga aku ngan anak2.sama ada berjalan2 atau ke rumah nenek mereka yang dah lama juga aku tak gi.Rindu giller aku kat MAK.padahal rumah bukan jauh mana.Mentua aku pon dah slamat balik dari tanah suci.Moga doa MAK dan Mentua di tanah suci dimakbul kan.

Peristiwa meninggal juga merapatkan kembali hubungan rakan2 aku yang dah lama tak dengar brita.Tringat la kesah2 di Bincang.net - forum tu adalah sebahagian dari kisah perjalanan hidup aku suami isteri.Pahit maung menjalankan forum tu selama 6 tahun,hanya tuhan yang tahu.Hinggalah suamiku bertekad untuk menyerah keseluruhannya kepada exabytes.
Tup-tup aku gi surf link blog dan photopages rerakan untuk mengetahui perkembangan terbaru.
Ader la plak terbelit gambar2 dedulu masa Nisa kekecik.

definately a girls paradise - Fotopages.com

ihsan :Byha

Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help